Jom sahut cabaran ni !

Ada sesiapa cukup hebat untuk habiskan dengar lagu ni? Kalau korang dapat tahan, try link yang lagi satu, confirm korang akan hempas PC or Laptop korang. Wakakaka

 

Dah habis? Try dengar yang ni pulak, sangat seronok untuk dengar sambil buat kerja. Hahahaha



Learn more »

Lawak : Panggilan Kekasih

Lawak Dakwah: Panggilan Kekasih

Anis : Eh Soleha, kau tahu tak boyfriend aku call 3 kali sehari, love of my life (sambil buat muka bangga)

Soleha: Oh really? Kekasih aku call aku 5 kali sehari

Anis : Bestnya, banyaknya kredit kekasih kau?

Soleha: Taklah ini connection wireless...tak payah top up kredit.

Anis : (muka tak puas hati) Hmm... pukul berapa dia call?

Soleha: SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik lagi aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.

Anis : Errrrrkk....(terkena aku!)

p/s : Panggilan sebegini yang best daripada dok call bf or gf, kalau dah tak tahan sangat apa kata kawin je terus, senang. 
Learn more »

Kisah Pengalaman Pertama

Kisah Pengalaman Pertama

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati.

Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum.

Semakin dalam tusukannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.

Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk.

Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda.

Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.

Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda.

Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda......
 
HAHAHA terkono sudah. Lai lai share, bagi kawan kawan korang pulak terkena.

Learn more »

Tawaran Hebat Dari Hi-Flyer !!

Kini lebih mudah untuk menggembara ke pelusuk dunia !Jika anda seorang yang suka terbang ke dalam atau luar negara dan mahukan sesuatu yang ekstra, kenapa tidak cuba tambang baru AirAsia yang diberi nama Hi-Flyer. Selari dengan nama, Hi-Flyer memberikan pelbagai kelebihan buat para penumpang.
Sasaran utama Hi-Flyer ini adalah untuk memberi penumpang lebih keselesaan, fleksibel & juga kemudahan lain seperti dibawah;
• Percuma daftar masuk 20kg untuk bagasi anda. Lebih banyak barang untuk dibawa.
• Boleh memilih tempat duduk anda secara percuma untuk tempat duduk Standar & Hot Seats.
Kemasukan awal ke dalam pesawat.
• Sehingga dua kali (2x) pertukaran penerbangan — untuk penerbangan kurang 2 jam dari masa berlepas tanpa sebarang bayaran pertukaran. Hanya bayar perbezaan harga tiket.
• Terima 2x mata BIG Points apabila terbang sebagai Hi-Flyer.

#01 Terbang Lebih Bergaya Bersama AirAsia Dengan Hi-Flyer - ROTIKAYA
Hi-Flyer kini boleh didapati untuk semua penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), Thai AirAsia (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Zest (Z2 & PQ) and AirAsia X (D7).
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang produk dan servis AirAsia, ikuti mereka di media sosial via Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).


Learn more »

Sumbangan Datuk Siti Nurhaliza Kepada Mangsa Banjir




Ini dia selebriti nombor 1 di Malaysia Datuk Siti Nurhaliza melalui akaun Instagram semalam,beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar beliau ketika tampil menghulurkan bantuan di empat buah pusat pemindahan di Kuantan, Pahang & melahirkan rasa sedih melihat mangsa banjir di kawasan itu.
“Ada di antara mereka rumah berdekatan dengan sungai jadi mereka masih belum boleh dibenar pulang kerana bimbang air akan naik semula”
“Sebagai manusia sudah tentu saya sedih melihat keadaan mereka namun saya kagum dengan semangat mereka yang terus tabah mengharungi dugaan ini,” ujar Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah menyumbangkan 700 pek barangan makanan dan keperluan asas seperti makanan dalam tin, beras, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi, berus gigi dan syampu kepada mangsa yang terlibat.
Beliau turut melahirkan rasa syukur yang perancangan untuk membantu mangsa banjir di sana terlaksana & berharap sumbangan kecil itu dapat meringankan beban mereka pada waktu sukar sebegini selain menyeru semua pihak untuk terus menghulurkan bantuan.  
p/s:bersedekah itu pelaburan kita di dunia . :)
Learn more »

Bercumbu Di Khalayak Ramai ?? Pelakon Cantik Nafi Sekeras-Kerasnya !



Lagi cerita panas artis kita ! Belum mengaku bercinta tetapi sudah timbul gossip mengatakan pasangan ini tidak segan silu bercumbu di khalayak ramai. Tasha Shilla & teman tapi mesranya buat masa ini, Hans dikatakan melakukan perilaku kurang manis itu di sebuah kafe hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, Tasha Shilla menafikan sekeras kerasnya yang beliau melakukan perkara tidak elok itu kerana ia tidak masuk akal untuk melakukannya di khalayak ramai lebih lebih lagi ketika menghadiri majlis rasmi.
“Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Tetapi saya bersama dengan rakan artis lain seperti Sharifah Shakinah. Saya datang sebab dijemput untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sebuah radio baharu”
“Cuba fikir secara logik. Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara ini adalah tidak benar & akan memalukan diri saya dan keluarga,” jelas Tasha Shilla.
Dalam temubual yang sama, Tasha Shilla sekali lagi menegaskan yang hubungan beliau bersama jejaka bernama Hans itu hanya sekadar kawan. 
p/s :jawapan klise artis .
Learn more »

Berharganya 5 sen Apabila Dijadikan Wang Tuntutan Saman.

Ini lah yang dikatakan 'rare' ! Rabecca Nur Al-Islam tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Erma Fatimayang menghantar wang tuntutan saman berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen & turut menyertakan senaskah kitab al-Quran bersamanya.
“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.
#01 Erma Fatima Bayar Rabecca RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen - ROTIKAYA
Pelakon ini berkata jika tindakan Erma Fatima itu sengaja ingin cetuskan kemarahan beliau, ianya tidak akan terjadi & juga memaklumkan akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.


Bukan susah, hantar sahaja ke bank yang mahu menerima syiling 5 sen sebagai deposit tunai. Selesai cerita dan tiada lagi drama. Haih,macam-macam kes.Macam ni pun ada juga.
p/s:dulu 5 sen sangat berharga terutama bila menabung.sikit-sikit lama-lama jadi bukit :)
Learn more »

Alhamdulillah .Betty Banafe Sah Bergelar Ibu

Berita baik ! Pelakon dan penyanyi, Betty Banafe telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 1 Disember lalu dan kongsikan berita gembira ini bersama para peminat menerusi beberapa keping gambar yang di’kirimkan menerusi Instagram.
“Husband Bruce the happy first time daddy – we thank Allah almighty for our December 1st baby!” tulis Betty Banafe meluahkan kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya ini.
Dalam temubual awal bulan lalu, Betty Banafe ada kongsikan yang beliau dijangka bersalin pada 22 Disember 2013 & nampaknya anak pasangan ini tiba tiga minggu lebih awal dari jangkaan. Apa pun, tahniah buat Betty Banafe & suami sekeluarga atas kehadiran orang baru ini.
p/s:anak itu anugerah dan amanah Allah maka pelihara la sebaik mungkin.
Learn more »