Tak sangka dikenali selepas filem KIL (GAMBAR)
Baru Rasa Diri Seorang Artis Lepas Menang Anugerah !
Brado Kapak - Anda masih ingat filem KIL ?? Ya, gadis comel ini adalah pelakon utama filem tersebut yang menjayakan watak kekasih kepada Akil. Christina Suzanne telah memenangi anugerah dalam Anugerah Skrin baru-baru ini. Beliau memenangi pelakon wanita terbaik 2013 dengan membawa watak dalam filem KIL. Heroin filem KIL, Cristina Suzanne yang memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2013 mengatakan baru kini dia merasakan dirinya sebagai seorang artis selepas berjaya memenangi trofi tersebut, Jumaat lalu.
Selain itu, dia juga sama sekali tidak menyangka akan memenangi anugerah itu sementelah menerima saingan sengit daripada empat pelakon hebat lain seperti Lisa Surihani, Nadia Aqilah, Nora Danish dan Jojo Goh. “Ini kali pertama saya tercalon dan Alhamdulillah saya menang. Tiba-tiba, baru saya rasa diri saya seorang artis. “Apabila memikirkan balik perjalanan saya sebelum bergelar artis, itu yang membuatkan saya berasa sebak.
Saya hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), belajar tak pandai, bekerja di cyber cafe dan pernah menjadi pelayan restoran. Saya mula masuk dalam industri seni selepas menjadi pramugari dan secara jujurnya saya memang tak pernah merancang untuk dapat kerja sebegini,” ujarnya yang dipetik menerusi portal hiburan Gua.
Sementara itu, pelakon berusia 28 tahun ini bakal menamatkan zaman bujangnya pada 22 Januari depan bersamaan dengan ulangtahun kelahirannya. Sumber berita dipetik daripada laman GUA.my. Artikel ditulis semula oleh BRADO KAPAK. Sekian, Terima kasih.
0 comments: