Candi Lembah Bujang Berhantu
Candi Lembah Bujang Berhantu
Brado Kapak - Syarikat pemaju Saujana Sdn Bhd yang merobohkan candi bersejarah di
Lembah Bujang berusia 1,200 tahun itu berkata, mereka tidak mengetahui
bahawa ia merupakan satu tinggalan sejarah.
Pengurus Projek, Saw Guan Keat, berkata mereka melakukan semakan
tanah di Pejabat Tanah Kedah pada 14 Januari tahun ini sebelum membeli
lapan lot tanah dari pemilik lama, satu lagi syarikat pemaju.
“Semakan dengan jelas mengatakan tanah tersebut tidak terikat dengan
apa-apa. Syarikat meneruskan pembelian pada Febuari. Apabila kami
melakukan semakan semula di Pejabat Tanah pada 30 Julai, sekali lagi
kami mendapati ia tidak terikat dengan apa-apa,” katanya dipetik
daripada akhbar The Star.
Saw berkata, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju
sebelum ini diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan
Exco Negeri di antara 1994 dan 1995.
“Kami melakukan lawatan tapak bermula pada September. Kami terlihat candi itu. Kami tidak tahu apa benda itu,” katanya.
Katanya, syarikat berkenaan hanya mengetahui mereka merobohkan candi selepas membaca akhbar.
“Kalau kami tahu struktur batu itu merupakan peninggalan sejarah, kami tidak akan robohkannya,” katanya.
Sebilangan candi di Lembah Bujang yang masih belum digazetkan sudah
mula dimusnahkan sejak beberapa tahun lalu, kata ahli arkeologi selepas
kemusnahan candi nombor 11 mendapat bantahan penduduk.
Pengerusi kumpulan kajian di kawasan itu, Datuk V Nadarajan, berkata
candi Lembah Bujang dikatakan mula dibina sejak kurun ke-10 dan
sesetengahnya sudah dirobohkan sejak beberapa tahun lalu tanpa
pengetahuan umum.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat memberi jumlah sebenar
candi yang sudah dirobohkan dan masih banyak yang belum digazetkan
sebagai kawasan sejarah.
Psst, kalau korang pernah dengar pasal bangunan yang tergendala dekat gombak, bangunan tinggi, tapi bila jalan dekat DUKE patutnya nampak tapi tak nampak. Serious berhantu.
Artikel dipetik daripada Malaysiakini.
0 comments: