Shila Amzah kecewa lagi :( (GAMBAR & VIDEO)
Shila Amzah Tolak Johan ?
Tidak menyangka pendedahan itu bakal melukakan hati teman tapi
mesranya, Shila Amzah, akui Johan, Shila juga turut menyekatnya dari
kesemua laman mikro milik penyanyi ini. Walaupun sehingga kini, Shila
masih belum memberi penjelasan kepada media mengenai perkara itu, timbul
pula kontroversi baharu mengenai lagu barunya yang turut dikaitkan
dengan Johan. Menerusi muzik video, Masih Aku Cinta, Shila memilih Johan
sebagai pelakon utama dan Isnin lalu, anak dara ND Lala ini mengepilkan
‘teaser’ lagu itu serta memberitahu video muzik itu bakal dimuat naik
syarikat rakaman, Warner Music Malaysia, pada malam berkenaan.
Namun, sehingga kini, muzik video itu masih belum dipertontonkan ke
laman perkongsian, Youtube, malah ‘teaser’ yang ada turut dibuang secara
tiba-tiba. Ini menimbulkan tanda tanya buat pengikut laman sosial Shila
Amzah dan tidak kurang juga yang menduga sesuatu termasuk muzik video
ini telah ditarik balik. Ada segelintir pihak membuat andaian bahawa
muzik video ini bakal dibuat semula susulan konflik yang berlaku antara
Johan dan Shila, baru-baru ini.
Pun begitu, wakil daripada Warner Music, tampil menafikan segala
khabar angin berkenaan dan meminta masyarakat dan peminat tidak membuat
spekulasi. Menurut Anne, muzik video itu sepatutnya dipertontonkan pada
malam Isnin lalu, namun, atas sebab masalah teknikal, ia terpaksa ditunda.
“Muzik video itu tidak akan ditarik semula atau dibuat semula. Kami
akan mempertontonkan video itu pada hari Selasa sekiranya masalah
teknikal itu dapat diatasi.
“Sebenarnya, usaha untuk memuat naik muzik video itu dilakukan sejak
malam Isnin lagi. Namun, terdapat masalah sambungan yang melibatkan
syarikat daripada Hong Kong.
“Jadi, terpaksa memakan sedikit masa. Yang pasti, muzik video itu
masih asal dan sebelum ini kami tidak pernah memuat naik sebarang muzik video lagu itu,” katanya ketika dihubungi Zass.
Music Video Masih Aku Cinta - Shila Amzah
0 comments: