KEMALANGAN MISTERI
KEMALANGAN MISTERI
Antara lokasi yang akan mengalami situasi buruk adalah seluruh
bahagian Pantai Timur Malaysia. Lokasi yang berhampiran pantai adalah
kawasan merah pada musim Monsoon seperti ini. Tiupan angin monsoon yang
kencang akan mengakibatkan ribut taufan, hujan lebat, banjir kilat dan
macam-macam lagi peristiwa alam.
Antara yang paling misteri dilaporkan sepanjang musim angin Monsoon
tahun ini adalah, satu kemalangan di Jerangau-Jabur. Lokasi ini memang
lokasi paling misteri dalam seluruh jalan di tanah air kita. Lokasi
jalan raya utama Jerangau – Jabur – Kemaman merupakan jalan paling
sunyi, paling misteri, kelam dan tiada lintasan elektrik sepanjang jalan
ini. Lebih misteri berbanding jalan Gua Musang – Kuala Krai.
Satu kemalangan ngeri telah dilaporkan hari ini sekitar jam 6 petang
tadi waktu tempatan di kilometer 121 Jalan Jerangau – Jabur – Kemaman.
Kemalangan mengakibatkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda Mitsubishi
Triton dengan sebuah lori minyak yang membawa muatan Minyak Masak Saji.
Kemalangan dilaporkan oleh agensi berita tempatan kepada pihak kami.
Mengapa kami katakan ini adalah
antara kemalangan paling misteri?? Lihat sahaja kenderaan Triton yang
remuk teruk sehingga hilang separuh daripada jasad kenderaan tersebut.
Bagaikan kereta Half Cut berada di atas jalan raya ! Begitu sekali
kengerian kemalangan ini. Mohon maaf admin tak dapat paparkan gambar
mangsa kemalangan kerana ia lebih ngeri daripada yang disangkakan.
Jalan dari arah Jerangau menuju Kemaman ini merupakan antara jalan
penghubung negeri yang paling teruk dalam Malaysia. Walaupun tidak
hujan, jalan ini memang menyeramkan kerana jalannya yang sempit dan
dipenuhi lobang disetiap jalan. Pada waktu malam pula, jalan ini
sangat gelap gelita dan berhantu. Banyak kisah dan tragedi kemalangan
disebabkan ternampak lembaga hitam, makcik berbaju putih melambai-lambai
dan macam-macam lagi. Harap je negeri pengeluar minyak, tapi kualiti
jalan macam hampeh. Mana Mat Said ni?? Tak buat kerja ke?? Repair la
jalan tu Mat Id oii…. kesian awok-awok Ganu Hanelang mu ni….
Diberitakan kepada kami, pemandu lori tersebut patah tangan dan
pemandu Mitsubishi Triton tersebut meninggal dunia. Ayuh sama-sama kita
hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada pemandu Triton tersebut…
Al-Fatihah….
Mohon kepada pemandu pemandu tu, kalau dah hujan macam ni bawak lah slow slow yee, dekat KL ni hujan tak stop stop, dah nak dekat 3 hari dah. Huhu
0 comments: