Wakaka : Penjelasan Cik Ta Pasal Bra Merah !
Nampaknya
pelakon cantik, Rozita Che Wan sememangnya aktres yang sangat digilai
kaum lelaki. Mana tidaknya, awal bulan lalu kecoh apabila isu baju dalam
terpakai berwarna merah yang didakwa Che Ta dijual di internet.
Ianya
nampak remeh dan tidak penting tetapi apabila baju dalam tersebut
didakwa kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesa menjalani
penggambaran sebuah drama tersebar begitu meluas di laman sosial, ianya
sedikit sebanyak memberi sedikit impak dan reputasi Che Ta sendiri.
Tetapi
Che Ta tidak cepat melatah dengan isu ini kerana ianya dianggap tidak
berfaedah dan hanya tertawa apabila perkara tersebut dimaklumkan sendiri
oleh adiknya juga seorang pelakon iaitu Ayu Raudhah.
“Perkara
ini saya dapat tahu dari adik saya Ayu yang beritahu tentang kononnya
baju dalam milik saya dijual di internet. Saya hanya mampu tergelak
sebab perkara macam ini pun nak jadikan isu hangat.
“Malah
sehingga kini jika orang tanya tentang perkara tersebut saya hanya
mampu tergelak besar. Pada pendapat saya, ini semua kerja orang gila dan
ianya sama sekali tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak
jejaskan periuk nasi serta imej saya, saya tidak akan buat tindakan
saman atau bawa perkara ini ke pihak berkuasa.
“Saya
tidaklah rasa malu dengan perakara ini sebab baju dalam tu bukan saya
punya. Saya Cuma geram sebab mereka guna nama saya dan ianya menarik
minat orang ramai untuk membaca. Nasihat saya tolong berhenti buat
kerja-kerja tidak berfaedah seperti ini,” jelas Che Ta panjang.
0 comments: