Wakaka : Penjelasan Cik Ta Pasal Bra Merah !
Nampaknya pelakon cantik, Rozita Che Wan sememangnya aktres yang sangat digilai kaum lelaki. Mana tidaknya, awal bulan lalu kecoh apabila isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa Che Ta dijual di internet.
Ianya nampak remeh dan tidak penting tetapi apabila baju dalam tersebut didakwa kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesa menjalani penggambaran sebuah drama tersebar begitu meluas di laman sosial, ianya sedikit sebanyak memberi sedikit impak dan reputasi Che Ta sendiri.
Tetapi Che Ta tidak cepat melatah dengan isu ini kerana ianya dianggap tidak berfaedah dan hanya tertawa apabila perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh adiknya juga seorang pelakon iaitu Ayu Raudhah.
“Perkara ini saya dapat tahu dari adik saya Ayu yang beritahu tentang kononnya baju dalam milik saya dijual di internet. Saya hanya mampu tergelak sebab perkara macam ini pun nak jadikan isu hangat.
“Malah sehingga kini jika orang tanya tentang perkara tersebut saya hanya mampu tergelak besar. Pada pendapat saya, ini semua kerja orang gila dan ianya sama sekali tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak jejaskan periuk nasi serta imej saya, saya tidak akan buat tindakan saman atau bawa perkara ini ke pihak berkuasa.
“Saya tidaklah rasa malu dengan perakara ini sebab baju dalam tu bukan saya punya. Saya Cuma geram sebab mereka guna nama saya dan ianya menarik minat orang ramai untuk membaca. Nasihat saya tolong berhenti buat kerja-kerja tidak berfaedah seperti ini,” jelas Che Ta panjang.
0 comments: