ISU ADI PUTRA | Kongsi Gambar Peribadi
Isu Skandal Adi Putra : kongsi gambar peribadi
WANITA yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra akhirnya mengakui
pernah berkongsi gambar yang “sangat peribadi” dengan pelakon itu.
Nooraida Abdul Mutalib memberikan penjelasan panjang lebar berhubung perkara itu menerusi ruang hiburan Bipop.
Menurut Nooraida, pada mulanya dia menyangka hubungannya dan Adi
Putra hanya sekadar main-main dan pelakon kacak itu hanya mahu ‘test
market’, namun akhirnya terjebak dalam hubungan itu.
Sikap romantis Adi Putra membuatkan dia sebagai peminat menjadi
teruja. Apatah lagi apabila Adi Putra menyatakan dirinya sedang mencari
calon isteri.
Perkenalan awal menerusi Instagram itu berlarutan kepada InstaMessage dan WhatsApp.
“Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu
status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan
saya.
“Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market.
Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon
isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa
teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak
dalam perhubungan ini,” ujarnya.
Malah Nooraidah mengakui, Adi Putra pandai menggoda sehingga dia menyerahkan gambar peribadinya.
“Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak
untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula
nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar
gambar yang sangat peribadi,” ujarnya lagi.
Menurut Nooraida lagi, hubungan mereka kemudiannya berjaya dihidu
oleh suaminya yang kemudiannya mahu mengambil jalan tengah menyelesaikan
perkara ini.
“Menerusi perbualan itu, Adi mengaku kesilapannya dan mahu berjumpa
suami untuk menyelesaikannya secara baik, tapi tiba-tiba dia ubah
fikiran,” katanya lagi.
Untuk rekod, kes ini masih dalam penelitian dan tidak diketahui sejauh mana kesahihan luahan Nooraida ini.-sinar harian
0 comments: