Silat Whatsapp
Dalam dunia sekarang macam macam ada, macam astro, macam macam adooo. KES macam ni pun adoo sekarang. isk isk
Akibat belajar silat dengan hanya menggunakan aplikasi berbual
Whatssapp di telefon pintar tiga orang pemuda kini mengalami masalah
diserang penyakit misteri.
Mereka belajar hanya melalui panduan dan kata-kata yang dihantar oleh seorang guru dari Whatssap.
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Fikri berjaya
menguasai empat jenis seni mempertahankan diri Melayu itu dalam tempoh
cuma dua minggu.
Seorang lagi, Irfan pula menjadi gagah perkasa dan mahir bersilat
selepas belajar membaca mantera selama tiga minggu di dalam hutan.
Mangsa ketiga Fariz pula digeruni orang kampung apabila tangannya
kuat bagaikan besi dan pandai bersilat selepas sebulan memakai tangkal
dan menghafal jampi diajar seorang tua.
Sebuah imej skrin Whatsapp itu menunjukkan mesej daripada ‘tok guru’
yang meminta wang pengeras RM582 sebelum arahan untuk belajar silat akan
diberikan.
Sebaik memasukkan wang, bermulalah pelbagai jenis amalan dan syarat
yang pelik tetapi jika sudah mahu belajar silat perkara seperti karut
dan khurafat biasa sudah tidak diendahkan.
Kini mereka menderita akibat penyakit misteri hingga hampir lumpuh,
muntah darah dan baran bagai orang gila apabila ‘pendamping; yang
memberi kuasa luar biasa itu mengamuk kerana permintaannya tidak
ditunaikan.
Kalau nak belajar silat, eloklah mencari pertubuhan berdaftar yang
betul supaya dapat ilmu yang betul daripada menderita kerana punca yang
tidak diketahui.
Hope orang dekat luar sana tak kena lah macam ni, bahaya ooo
0 comments: